Tanggal 26 Disember adalah hari yang menggembira bagi aku dan kaluarga.Tanpa disangka-sangka aku dan keluarga serta beberapa keluarga terdekat teleh pergi ke bandar Taiping untuk melawat Kota Ngah Ibrahim dan juga Zoo Taiping.Kami bertolak ke Bandar Taiping pada pukul 10 pagi dan sampai disana pada pukul 11:15 pagi.Tempat pertama yang kami lawati ialah Zoo Taiping.Tiba saja disana,kami membeli tiket untuk masuk.orang yang paling gembira sekali adalah adek-adek dan sepupu-sepupu aku.Mereka sungguh teruja melihat pelbagai jenis haiwan yang jarang dilihat.Setelah penat berjalan,kami berhenti untuk rehat.Selepas itu kami menyambung kembali perjalanan di sekeliling kawasan zoo.selepas itu kami pergi ke gerai yang berhampiran untuk membeli lauk-pauk.
Selepas membeli lauk-pauk,kami pergi ke Taman Tasek,Taiping untuk berkelah.kami sangat gembira kerana dapat makan sambil melihat permandangan indah ditepi tasek.selesai saja makan,kami mencari masjid untuk solat zohor.selesai solat,barulah kami ke Kota Ngah Ibrahim untuk melihat sejarah2 zaman dahulu dan jaga tokoh2nya.kami sempat juga bergambar disamping patung-patung yg ada.(sebenarnya,tempat patung2 itu diletakkan adalah kawasan larangan).tapi,disebabkan guardnya tiada,kami curi2 bergambar disitu..(hahaha..jahatkan kami..)tetapi,saya kagum melihat tokoh2 terdahulu dan juga peralatan yang digunakan.setelah penat bergambar,kami singgah minum di gerai yang berada tidak jauh dari situ dengan berjalan kaki.selesai minum,kami pon pulang kerumah..sampai disini dahulu cerita saya..(dah macam karangankan...hahaha)

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete